KARNIVAL KEBITARAAN SAINS SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

PENGKALAN CHEPA, 1 Jun 2015- Buat julung – julung kalinya Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim 1 dengan kerjasama CETREE&GT, Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan Karnival Kebitaraan Sains Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2015. 

Karnival yang berlangsung selama 3 hari melibatkan sekolah - sekolah Kluster daripada negeri – negeri yang berlainan. Antaranya ialah negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. 20150530 125825 Karnival ini juga memperkenal pertandingan model Eureka Beach House sebagai pertandingan yang paling utama. Disamping itu juga, ia diselitkan dengan lawatan ke Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE&GT ( lori ). 

Karnival ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pelajar - pelajar dan guru – guru yang terlibat. 20150529 091931 Antara pengisian karnival tersebut adalah sesi pembinaan model Eureka Beach House, sesi pembinaan Power Point dan sesi persembahan Power Point. 

Karnival ini bertujuan untuk melahirkan arkitek muda, berkomunikasi, mempupuk kesedaran dan minat yang mendalam bagi pelajar - pelajar terhadap peranan dan tanggungjawab diri dalam menjaga bumi kita. Karnival yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim 1 ini dengan kerjasama CETREE&GT, Universiti Sains Malaysia bertujuan untuk menunjukkan sikap bekerjasama dan dapat berinteraksi dengan aktif dalam kalangan murid sekolah, disamping itu murid dapat menyuarakan pendapat dan mencungkil bakat mereka serta dapat mengaplikasikan amalan Tenaga Boleh Baharu sebagai sumber alternatif dalam kehidupan harian mereka. 

IMG-20150530-WA0034 Karnival Kebitaraan Sains Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2015 ini diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu, Tn Hj. Che Ab. Aziz bin Hj. Daud sebagai tetamu kehormat bagi melaksanakan upacara majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah dan sijil kepada pelajar – pelajar yang terlibat dalam karnival tersebut.
Share on Google Plus

About Cikgu Kamal Azrul

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment