đź’•Kesan Tidak Menghormati Guruđź’• .


Image result for teacher cartoon
1. Ilmu yang dipelajari tidak mendapat keberkatan Allah
2. Tidak bermoral dan rendah budi pekerti
3. Susah mengingati dan mengikuti ajaran guru
4. Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur nagatif.
5. Ilmu yang dipelajari tidak akan memberi manfaat kepadanya
6. Sukar untuk mengikis sifat mazmumah dalam diri
7. Sukar menjawab soalan peperiksaan.
8. Tidak terasa bertambah ilmu malah semakin berkurang.
9. Menanggung dosa sekiranya guru terasa hati dengan sikap kita dan sukar untuk memaafkannya.
10.Tidak mudah untuk berjaya.

Didalam kitab Ihya’ Ulumuddin yang ditulis olehImam Ghazali ada menyebut : "Adalah penting bagi seorang pelajar untuk menyerahkan dirinya ke tangan gurunya seolah-olah seorang pesakit yang menuruti arahan doktor yang merawatnya." Bahkan Saidina Ali pernah berkata : "Aku adalah hamba kepada orang yang telah mengajarkan aku walaupun satu huruf. Jika dia mahu, dia boleh menjual atau menjadikanku sebagai hambanya." Pernah diceritakan juga bahawa Imam Syafie sangat menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajarnya, masuk seorang badwi yang kelihatan comot serta amat busuk sekali. Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak-anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu.

Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut. Imam Syafie berkata bahawa "Walaupun badwi itu busuk dan kelihatan comot, tetapi badwi itu ialah guruku.Dia pernah mengajarkanku cara untuk membezakan anjing jantan dan betina." Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie. Padahal Imam Syafie hanya belajar daripadanya cara membezakan anjing yang cukup umur dan tidak .

Ihya' Ulumuddin: Adab pelajar dan pengajar; 
Imam ghazali- Aujazul Masalik, Syarah Al-muatta' Imam Malik; Syeikh Zakariyya al-Kandahawi

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment