Karnival Kebitaraan SKK 2012

SMT TUANKU JA'AFAR, Seremban - Sekolah Kebangsaan Sena muncul Naib Johan Persembahan Terbaik dan Projek Terbaik Keseluruhan dalam Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Sekolah Kluster Kecemerlangan yang diadakan di sini pada 19 - 21 Mei 2012 melalui projek yang bertajuk MEDIASENA: Teknologi Untuk Pendidikan Holistik. Pertandingan tersebut yang diadakanWartawan MEDIASENA, Nadine Qathira dalam sesi temubual bersama Tn. Hj. Sufa'at semasa lawatan ke booth Pertandingan Rekacipta dan Inovasi SKK 2012 

WARTAWAN MEDIASENA, NADINE QATHIRA DALAM SESI TEMUBUAL BERSAMA TN. HJ. SUFA'AT SEMASA LAWATAN KE BOOTH PERTANDINGAN REKACIPTA DAN INOVASI SKK 2012 sempena Karnival Kebitaraan Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2012 turut menampilkan beberapa acara lain seperti Pameran Kebitaraan, Klinik Smart Solar, Klinik IronCAD, Klinik TiffinCAD dan banyak lagi. Salah seorang murid SK Sena, Aidiel Danish bin Zulkifli dari Tahun 6 Cenderawasih turut menjadi Naib Johan dalam Pertandingan Google SketchUp yang diadakan dalam Klinik TiffinCAD. Karnival Kebitaraan 2012 tersebut yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Kementerian Pelajaran Malaysia telah dikelolakan oleh Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar, Seremban, Negeri Sembilan dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg Dato' Sri Abd Ghafar bin Mahmud yang telah diwakili oleh YBhg Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan). 

Turut hadir dalam majlis perasmian ialah Pengarah BPSBPSK, YBhg Tn. Hj. Rosland bin Hussein. Dalam majlis tersebut, Tn. Hj. Sufa'at telah menyampaikan sijil dan hadiah-hadiah kepada para pemenang Pertandingan Rekacipta dan Inovasi yang diadakan sempena karnival berkenaan. Selesai perasmian, semua tetamu yang hadir dibawa melawat ke booth pertandingan sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dan gerai Pameran Kebitaraan yang melibatkan 43 buah Sekolah Kluster Kecemerlangan seluruh negara. Pelbagai projek kebitaraan bertemakan rekacipta dan inovasi telah dipaparkan seperti kenderaan solar dan amfibia, fertigasi tanaman, robotik, rekabentuk gimik dan portal pembelajaran elektronik. Majlis perasmian penutupan program yang berlangsung pada hari terakhir karnival telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Hj. Salleh bin Mohd Husein, ahli Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan. Beliau telah menyampaikan hadiah-hadiah kemenangan klinik yang diadakan sempena karnival 2012. 

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada BKSBPSK, serta SMT Tuanku Ja'afar kerana memberikan peluang kepada pihak sekolah untuk menjadi sebahagian daripada Karnival Kebitaraan Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2012, juga atas ruang yang diberikan kepada MEDIASENA untuk terlibat sebagai sebahagian daripada pasukan media yang bertugas membuat liputan dalam program yang dijalankan. Nantikan liputan program serta temubual MEDIASENA bersama Tn. Hj. Sufa'at, Dato' Hj. Salleh dan Dr. Hj. Mohamed Roseli bin Zainal Abidin, Pengarah UNESCO Humid Tropics Center Kuala Lumpur merangkap ketua juri penilaian Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Sekolah Kluster Kecemerlangan 2012 dalam Galeri Video SK Sena.
Share on Google Plus

About Cikgu Kamal Azrul

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment