Di dalam Hadis yang lain Rasulullah ﷺ bersabda:
إن الله وملائكته وأهل السماوات والأرض حتى النملة في جحرها ، وحتى الحوت ، ليصلون على معلم الناس الخير. رواه الترمذي (3685
“Seseungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) berselawat ke atas guru yang mengajar kebaikan kepada manusia.”
(Hadis Riwayat Tirmizi (3685) disahihkan Al-Albani.)
4 Martabat Guru
Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:
1- Mudarris :
yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.
2- Mu’allim :
yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.
3- Mursyid :
yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.
4- Murabbi :
yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.
0 comments:
Post a Comment