Kata alu-aluan pengetua

PEMANTAP BICARA PENGETUA SMK PEREMPUAN 

Assalamualaikum wbt…. Salam Sejahtera, Salam Transformasi, Salam Sehati Sejiwa dan Salam 1 Malaysia.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya, kita dapat bersua kembali dan berkolaborasi untuk menunaikan tanggungjawab kita pada tahun 2017. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat kembali ke sekolah. Carilah kemanisan bekerja di SMK Perempuan.

Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih saya tujukan kepada semua Ahli Jawatankuasa Blog Sekolah  kerana telah berjaya 'up-date' blog Tahun 2017. Sesungguhnya blog  ini penting untuk memaklumkan perkembangan aktiviti sekolah sepanjang tahun.Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua warga SMKP atas sokongan dan komitmen yang tinggi dalam membantu pihak sekolah untuk merealisasikan semua program sekolah di dalam blog. Satu kejayaan yang nampak BIASA tetapi SUSAH untuk dicapai jika tidak diurus dengan sempurna.

Sehubungan dengan itu, semua guru dituntut membuat persediaan yang rapi dalam meningkatkan Nilai dan Amalan Profesional Perguruan. Antaranya Pengetahuan dan Pemahaman dalam Teknologi Maklumat, KBAT, Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran Abad 21, Amalan Sekolah Transformasi dan sebagainya. Amalan PdP Program Sekolah Transformasi (PST) telah dizahirkan sejak tahun 2015 lagi. Saya ingin menyeru kepada semua guru supaya mempertingkatkan kaedah penggunaan dan amalan tersebut semasa PdP pada tahun ini. Jika kita tidak berusaha memantapkan lagi amalan sekolah transformasi dalam pengurusan sekolah di semua peringkat, harapan dan impian untuk menjadi sekolah tranformasi yang cemerlang sudah pasti tidak akan menjadi kenyataan. Sekali gus amanah yang dipertanggungjawab oleh KPM, JPN Kelantan serta PPD Pasir Mas kepada pihak sekolah tidak dapat kita tunaikan. Walau bagaimanapun, saya yakin semua guru SMKP berkudrat dan boleh mengalas tugas tersebut dengan jayanya.

Marilah sama-sama mendokong cita-cita murni Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menggariskan 5 Aspirasi Sistem, 6 Aspirasi Murid, 9 Keberhasilan Utama, 11 Anjakan Utama dalam 3 gelombang yang bermula sejak tahun 2013 hingga 2025.

Sekarang guru-guru berada pada alaf ke 21 dan untuk itu, guru mesti bersedia menghadapi cabaran semasa dan mesti mengambil usaha menggerakkan peranan sebagai pencetus kreativiti dan penjana inovasi. Oleh itu, adalah menjadi harapan saya untuk melihat guru-guru melengkapkan persediaan dengan ilmu pengetahuan yang luas mencakupi pelbagai bidang dan berani melakukan perubahan ke arah kreativiti serta inovasi. Keperluan tersebut bersesuaian dengan perubahan bidang pendidikan masa kini yang memerlukan guru kreatif dan inovatif untuk menghasilkan proses PdP yang efektif seterusnya melahirkan murid yang berkualiti. Elemen-elemen yang perlu diusahakan dalam PA 21 boleh dikategorikan kepada 4 iaitu PERTAMA : berfikir secara kreatif dan kritikal, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, KEDUA : cara bekerja yang menekankan kepada „soft skills‟ dan kolaborasi, KETIGA : ICT dan literasi maklumat dan KEEMPAT : kemahiran untuk hubungan sejagat iaitu nasionalisme, kerjaya serta tanggungjawan sosial dan diri.

Kerja sepasukan sangat-sangat diharapkan menjadi budaya kerja guru sekolah ini. Oleh itu, saya berharap agar semua warga sekolah dapat berpadu tenaga dan mengamalkan budaya kerja sepasukan bagi merealisasikan visi misi sekolah transformasi dan visi misi SMKP. Sesungguhnya, kerja sepasukan adalah asas kepada kejayaan dan kecemerlangan.

Akhir kata, apa jua cabaran dan transformasi yang datang, kita harus berfikiran positif dan menerima dengan minda yang terbuka. Teruskan tekad, tingkatkan semangat dan lipat gandakan usaha untuk tahun 2017 dengan harapan SMKP akan diktiraf sebagai Sekolah Transformasi yang cemerlang dan terbaik di Malaysia. Selamat Menyambut Tahun 2017. “

“ Transformation Towards Success And Excellence ” 
“An Aspiration, An Inspiration” 

Noor Adlina Gooi binti Abdullah
 Pengetua
SMK Perempuan


Share on Google Plus

About Harlina binti Ismail

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment