MINGGU KAUNSELING

Berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik dan aktif dalam bidang ko-kurikulum membuatkan pelajar terlepas pandang bahawa pendidikan kerjaya juga penting untuk membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam kedua-dua bidang tersebut. 

Dengan adanya matlamat kerjaya yang jelas, ia membantu pelajar membuat pilihan mata pelajaran yang sesuai dalam peperiksaan SPM akan datang dan seterusnya berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. Berdasarkan prinsip SWOT, kekuatan yang ada pada sekolah untuk menganjurkan aktiviti kerjaya adalah terdapat banyak kolej swasta di sekitar kawasan sekolah ini dan merekamenjalin perhubungan yang baik dengan sekolah. Mereka juga telah meluangkan masa untuk memberikan ceramah dan input tentang halatuju selepas SPM kepada pelajar tingkatan 5. 

Kelemahan pelajar-pelajar tingkatan 5 sekolah ini adalah mereka kurang terdedah dengan maklumat-maklumat kerjaya dan matlamat selepas SPM mereka masih kabur lagi. Sebenarnya peluang untuk lebih memahami cita-cita dan halatuju sendiri selepas SPM terbuka luas kepada pelajar jika mereka rajin bertanya dan berusaha mengumpulkan maklumat-maklumat kerjaya di sekeliling mereka. Tetapi ancaman yang pelajar-pelajar akan hadapi adalah terdapat banyak kolej swasta berskala kecil yang menawarkan program-program yang tidak diiktiraf oleh kerajaan dan Lembaga Akreditasi Negara ( LAN ). 

Jika pelajar tidak membuat kajian dan mengumpul maklumat yang tepat sebelum berdaftar untuk melanjutkan pelajaran, maka peluang tertipu adalah tinggi pada mereka. Maka dengan menganjurkan Minggu Informasi Kerjaya ini, maklumat-maklumat tentang kerjaya dan melanjutkan pelajaran dapat disampaikan kepada semua pelajar tingkatan 5 agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi dunia luar kelak.
Share on Google Plus

About Cikgu Kamal Azrul

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment