LAWATAN KE TUDM




Pada 17 November 2016 yang lalu, seramai 37 pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Pasir Mas, Kelantan telah menyertai lawatan sambil belajar ke Pangkalan Udara Gong Kedak Pasir Puteh, Kelantan. Rombongan ini turut disertai oleh dua orang guru pengiring iaitu Cikgu Harlina dan Cikgu Mahaizan.

      Kami dikehendaki berkumpul di dewan sekolah pada jam 7 pagi. Bas yang telah disewa oleh guru tiba pada jam 7.10 pagi. Sebelum kami menaiki bas, kami diberi beberapa nasihat oleh Cikgu Harlina. Bas mula bergerak pada jam 7.40 pagi dan kami tidak sabar untuk tiba di sana.   

     Kami tiba di sana pada jam 9.15 pagi. Sebaik sahaja kami sampai di pintu utama, kami disambut oleh seorang pegawai bertugas.  Kami dibawa makan sarapan di dewan makan TUDM. Selepas kami selesai makan, kami dikehendaki menaiki bas untuk melawat ke Fight Bomba iaitu salah satu pusat yang menjaga kebakaran yang berlaku pada jet pejuang. Kami diberi beberapa penerangan tentang pusat ini ditubuhkan. Banyak pengetahuan yang kami perolehi. Kami juga berpeluang untuk menyaksikan jet pejuang berlepas dan menaiki trak bomba yang besar.

      Setelah 1 jam lebih berada di situ, kami dibawa melawat ke tempat seterusnya iaitu di Simulator Skuardo. Tempat ini adalah salah satu tempat juruterbang jet pejuang mengalami proses pembelajaran untuk memandu jet pejuang. Beberapa pelajar berpeluang untuk belajar memandu jet dengan menaiki simulator. Juruterbang jet menerangkan beberapa maklumat tentang simulator kepada kami. Suasana di situ seronok dan tidak membosankan. Kami berpeluang mengambil gambar bersama-sama sebagai kenangan.

      Pada jam 12.50 tengahari, kami menaiki bas untuk menuju ke tempat yang seterusnya yang dinamakan Kompleks Hangar. Tempat ini juga dipanggil ‘Air Craft’ iaitu tempat menyelenggara jet pejuang yang akan dipandu oleh juruterbang. Kami diberi penjelasan tentang fungsi-fungsi jet pejuang. Kami dibenarkan untuk bertanya beberapa soalan untuk maklumat yang lebih jelas. Setelah hampir selesai melawat, kami bersama-sama mengambil gambar tanda kenangan.

       Pada jam 1.30 tengahari, kami disediakan makan tengah hari di dewan makan.  Setelah itu kami menaiki bas untuk ke masjid TUDM yang dipanggil Rumah Keluarga. Kami menunaikan solat zuhur dan meninggalkan Pangkalan Udara Gong Kedak. Kami memperolehi pelbagai pengalaman menarik. Dalam perjalanan pulang, kami singgah untuk membeli keropok yang terkenal di Pasir Puteh. Kami bertolak pulang pada jam 4 petang dan tiba di sekolah pada jam 5.15 petang.

Disediakan oleh,                                                                                      19 NOVEMBER 2016
   RUFAIDA
(RUFAIDA MOHD PAJAR)
Tingkatan 4 Sains 1,
Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan,
Pasir Mas, Kelantan.




Share on Google Plus

About Harlina binti Ismail

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment