Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan penggunaan platform baru yang dinamakan DELIMa, ataupun Digital Educational Learning Initiative Malaysia pada 15 Jun 2020

 


Pendidikan dan pembelajaran sekolah secara digital bukan sebuah konsep yang baru di Malaysia. Sebelum ini, Yes4G memegang kontrak untuk sistem pembelajaran digital FrogVLE yang digunakan untuk beberapa tahun.

Hari ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan penggunaan platform baru yang dinamakan DELIMa, ataupun Digital Educational Learning Initiative Malaysia iaitu sebuah pelantar pendidikan yang tiba dengan kerjasama bersama-sama dengan AppleGoogle dan Microsoft.

Ia menggabungkan tiga platform dan sumber pendidikan digital syarikat-syarikat ini, termasuklah Apple Teacher Learning Center, Google Classroom dan Microsoft 365 yang boleh diakses melalui laman web DELIMa oleh guru-guru dan para pelajar.

Pihak KPM mengatakan bahawa DELIMa kini digunakan oleh 370,000 orang guru dan 2.7 juta pelajar dari 10,000 buah sekolah di seluruh Malaysia dengan purata pengguna sekitar 1.7 juta orang.

Pelantar pendidikan ini sedang dikembangkan lagi penggunaannya, dan dijangka akan meningkat lagi tidak lama lagi.

Share on Google Plus

About NORLIA BT YUSOF SU KURIKULUM " We Should Inspire Each Other To Be Better."

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment