MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PENGHAYATAN DISIPLIN

Majlis Perasmian Program Penghayatan Disiplin 2015 Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan telah diadakan pada 12 Februari 2015 pada jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi bertempat di Dewan Baiduri sekolah. Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Kelantan, Tuan Haji Ab. Ghani bin Che Kasim BSK, PJS, PMP. 

Objektif program anjuran bersama Unit Hal Ehwal Murid, Unit Disiplin dan Unit Bimbingan & Kaunseling untuk: 
  1. Melahirkan pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan tidak mudah terpengaruh dengan gejala sosial. 
  2. Melahirkan pelajar yang cemerlang dan berwawasan dalam semua bidang. 
  3. Melahlirkan pelajar yang cintakan diri sendiri, masyarakat dan negara serta mengamalkan nilai-nilai murni. 


Acara majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku, Selamat Al-Sultan, Lagu SMKP Berjaya dan bacaan doa serta ucapan alu-aluan oleh Pengetua SMK. Perempuan, Pn. Noor Adlina Gooi bt Abdullah. Beliau mengharapkan agar semua pelajar menghayati dan mematuhi disiplin sekolah sepanjang tahun kerana pelajar yang berjaya adalah pelajar yang berdisiplin. Dalam ucapan perasmian pula Tuan Haji Ab. Ghani bin Che Kasim mengharapkan agar setiap pelajar sentiasa mematuhi peraturan sekolah serta menghormati semua guru yang telah mengorbankan banyak masa dan tenaga untuk mendidik pelajar bagi melahirkan generasi yang berjaya. 

Beliau juga meminta agar pelajar turut mematuhi peraturan jalanraya dan menegaskan supaya pelajar yang tidak mempunyai lesen memandu agar tidak sewenang-wenangnya menunggang motorsikal /memandu kenderaan bermotor ke sekolah untuk mengelak daripada kejadian yang tidak diingini. Kemuncak majlis pada hari ini adalah penyampaian sijil untuk pemimpin pelajar yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas PSS, PRS, Pengawas Buku Teks , Briged Bestari, Ketua Tingkatan, Exco PraU dan majlis diakhiri dengan bacaan ikrar. Seterusnya majlis berakhir pada jam 9.00pagi.
Share on Google Plus

About Cikgu Kamal Azrul

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment